Jumaat, 26 Oktober 2012

Syarat Sah & Rukun Tayammum

Syarat-Syarat Sah Bertayammum
  • Menghilangkan najis terlebih dahulu.
  • Tanah debu yang suci.
  • Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah digunakan).
  • Ada qasad / niat penggunaan tanah.
  • Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua bagi tangan.
  • Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
  • Bertayammum apabila telah masuk waktu solat sahaja.
  • Satu tayammum bagi satu solat fardu dan beberapa solat sunat.


Rukun Tayammum
  • Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh sebahagian muka. Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta’ala .
  • Menyapu Muka.
  • Menyapu Tangan.
  • Tertib.

Cara - cara bertayamum (gambar)


Cara Bertayamum

1. Menepuk dua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu muka.
2. Berniat : Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah
Ta’ala . Masa niat : Ketika mula memindahkan debu dan sehingga menyentuh sebahagian
muka.
3. Menyapu muka.
4. Selesai menyapu muka.
5. Menepuk dua tangan ke debu pada kali kedua untuk menyapu tangan .(Sebelum menepuk
kedua tapak tangan kali kedua, hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan terlebih dahulu
dari debu tanah yang telah digunakan).
4. Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan empat perut jaritangan kiri
dari hujung jari (selain ibu jari) hingga naik ke siku.
5. Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari.
6. Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat perut jari tangan kanan
(selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
7. Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.

Catatan:
  • Untuk menyapu tangan , wajib ditanggalkan cincin , jam tangan dan gelang sekiranya debu tidak sampai di bawahnya. Jika sampai debu, maka sunat sahaja menanggalkannya.
  • Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan ke anggota tayammum.